Move On

gambar dari Instagram. tak ingat siapa punya. Izinkan saya guna. Thanks.
Hi pals, 
so tajuk aku kali ini adalah tentang move on dari crush. Maksud  crush dari Urban Dictionary adalah ( ada banyak sebenarnya) tapi aku ringkaskan kepada ; crush adalah seseorang yang kita suka. Tu maksud daripada Urban Dictinary, tapi kalau dekat kamus, dan real definition of crush daripada google adalah sesuatu yang musnah, hancur, something like that lah. benda ni berkait rapat sebenarnya. Sebab bila kita " crush " pada someone tu, hati kita juga akan "crush" bila something yang berkait dengan dia buat kita kecewa macam jealous ke etc. 
     Okey done Mukadimmah. So aku pon ada crush, dan aku sedang berusaha untuk move on darinya. Tips ni aku dapat dari kawan aku. Kitorang chat whatsapp lah, then bercerita pasal crush, dia crush dengan classmate lelaki kami. Pelajar lelaki kelas kitorang tak ramai, adalah dalam berapa ketul je. Nisbah dengan pelajar perempuan adalah dalam 1: 4. Tu pon perangai memeningkan kepala. Tapi apa aku suka dengan classmate lelaki aku sekarang ni diaorang berbeza dengan classmate masa sekolah menengah, maybe sebab dah dewasa kot, dah Pra-U dah pon.
     Plot Twist. Kita orang crush dengan lelaki yang sama. sebenarnya aku dah tahu lama dia minat dengan pelajar lelaki tersebut. Tapi dia tak tahu yang aku pon minat orang yang dia minat. Pelajar lelaki tersebut memang crush material, bijak, handsome, tinggi, athlete, apa lagi eak. Yang penting, dia memang ramai peminatlah. Aku rasa sebersalah sebenarnya, sebab minat dengan orang yang kawan aku minat, tapi nak buat macammana. :'( . Lagipon aku minat dia sejak awal aku masuk Form Six kat sekolah tu, takdelah aku nak merampas ke apa ke, so dimaafkan kan? Hehe.
     Okey back to topic, sebab pelajar lelaki tu selalu tolong dia kan, so bila dia kata dia dah move on, aku macam terkejutlah. So dia ceritalah, dia memang suka sangat dengan pelajar ni, tapi bila dia dah rapat dengan pelajar lelaki yang lain, dia keliru dengan perasaan dia. Dia cerita dengan akak dia, and akak dia suruh dia amalkan doa ni sebelum tidur dan selepas solat.
" Setiap kali lepas solat, dengan sebelum tidur, cakap "kalau dia baik untuk aku dan dia lah yang akan teman aku dekat syurga nanti, terus perasaan aku dekat dia, tapi jangan melebihi cinta dan sayang aku pada Allah, Rasul ku serta keluarga ku. Jika bukan dia, henti kan rasa hati ini. "
    Dia amalkan doa ni dan dengan izin Allah, dia telah move on. Tipulah kalau aku tak gembira saingan aku dah kurang, tapi aku gembira jugak, sebab dia dah move, tak perlulah hati dia sakit lagi. Sebab pelajar lelaki ni memang selalu bergurau dengan budak perempuan, termasuk kawan dia sendiri. Kawan aku pon pernah cerita, kadang-kadang hati dia " crush " (broken) dengan pelajar lelaki tersebut. Hmmmm, dia tak fikir aku ke ☹ , bila dia cerita sweet moment dia dengan crush dia yang juga crush aku. ☺ Okey takpe, sikit masa lagi aku move on lah.
    Pointnya kat sini adalah, hati kita Allah pegang, hati dia Allah pegang, so serahkan urusan hati ini pada yang berhak. Bila kita berikan hati kita pada Allah, percayalah, Allah akan berikannya pada yang terbaik untuk kita. 
    Aku rasa ni lah kot cara terbaik move on. Aku pernah terbaca, nak move on, tengok keburukan yang ada pada orang tersebut. Tak perlu kot nak macam ni. Habis, kalau orang tu dah berubah nanti? nak crush balik dengan orang tu ke? Bukan ni je sebabnya, tapi aku rasa memang tak patutlah cara macam tu, tengok keburukan orang itu. 
    Okey bye, tu je aku nak cerita.

Thank You Princess, Queen akan hargainya. Lots of love. ❤






















Comments

Popular posts from this blog

Ahli dunia vs ahli akhirat.